Thursday, May 30, 2013

most wanted

Dalam banyak banyak tebiat, tebiat apa yang aku tak boleh tinggal?

Jawapannya ialah tebiat beli baju. Jenis yang tak boleh nak rotate baju yang sama je tiap tiap minggu. Jenis yang setiap pagi bertapa depan almari baju, cuba menyelongkar kumbahan baju tapi still nak kata "alamak, dah takde baju nak pakai...".

Sebagai salah seorang daripada bekas ahli The Shoplifters, aku berasa tebiat menjual baju juga tak boleh hilang dari dalam diri ini. Rindu pun ye juga sebenarnya. Sebelum ni aku menjual secara berhemah di personal instagram account. Alhamdulillah banyak sambutan.

Tapi baru-baru ni rasa terfikir nak buat account instagram khas untuk online shop ku sendiri, bak kata omputih, instashop... iye gitu? LOL.
Maka lahirlah Most Wanted, nama online shop aku yang baru. Nama itu obvious sangat diberi oleh orang yang malas berpikir (iaitu aku).


Maka bawak bawak la menjenguk dan follow instashop saya @ohmostwanted
More items will be uploaded soon. 


Ok lepas ni nak update pasal resipi brownies. Dan pasal home facial recipe. Stay tune.

Monday, December 31, 2012

sightseeing & shopping in Bangkok day 3 & 4

Sambungan dari Bangkok day 2.
(waaa berkurun juga la aku ambil masa nak sambung update entry ni...)

Sabtu / 6 Oktober 2012

Hari yang paling dinanti telah tiba! Plan hari ni ialah shopping sepanjang hari kat Chatuchak Weekend Market. Kemudian malam nanti plan nak ke night market.

Dimulakan dengan breakfast yang disediakan oleh hotel. Tapi kami tak makan segala benda. Cukup la sekadar makan roti sapu butter dan mentega serta scramble egg dan sedikit cereal asalkan tiada ragu-ragu atau was was maka kira halal lah walaupun cafe hotel tu takde sebarang cop halal.



Tetiba disebalik telur ada jagung.



Tuk tuk provided by the hotel. Kenderaan sempit dan lincah ini la yang mengangkut kami dari hotel ke stesen BTS Surasak back and forth, setiap setengah jam.

Oleh kerana hotel tu terletak dalam celah-celah jalan sempit (aku tau memang susah nak bayangkan camana keadaan ni... but it's actually not as bad as it seems), naik tuk tuk adalah sangat relevan instead of jalan kaki atau naik teksi.



Pesanan penaja.


Gerak dari hotel seawal pukul 8.30pagi supaya kami dapat masa yang optimum untuk shopping kat Chatuchak.
Naik BTS dari stesen Surasak ke Mo Chit. Chatuchak Market terletak betul betul kat depan stesen Mo Chit. Wah kan ke senang tu. Berbekalkan plastik beg biru Ikea, kami berjalan ke arah Chatuchak dengan penuh tanda tanya, ewah. Sesat ke nanti, jumpa ke barang yang nak di cari... sebab dengar orang cerita, Chatuchak ni luasnya macam 18 padang bola sepak. Gila. Camping kat sana 3 hari 2 malam pun belum tentu dapat habis round semua kedai.

So let's see how this market looks like...



Mula-mula masuk dah terus nampak kedai jual leggings cantik hanya 100 Baht = RM10 per pair.



Ini keadaan kat kedai-kedai di bahagian dalam, berbumbungkan atap zink. Time tengahari buta memang lah sungguh panas mencengkam kulitku yang ala ala tak tahan panas ni.

After we went in, the first section yang kami lalu ialah kedai-kedai bundle / second hand. Apa lagi, memang seronok la suami aku sebab one of his target is to get some Doc Mart boots. Even that particular area tu pun dah bapak luas, sampai aku naik boring.... dah bilanya nak jumpa barang yang aku nak pulak ni? Tak boleh jadi ni, mungkinkah kami patut berpecah dan shopping mengikut haluan masing-masing??

Hmm tak jadi berpecah, sebab tak lama lepas tu suamiku ada jumpa kasut yang dikehendaki. Tapi itu belum memuaskan nafsu serakah dia lagi. Masih lagi nak cari dan cari sehingga ke hujung dunia. Banyak je aku jumpa kasut / sneakers yang best, tapi seboleh-boleh memang aku nak elak beli kasut sebab nanti memberatkan luggage je.
Lepas aku cuba buat-buat dah rimas dan mengantuk, baru la dia ajak pergi section lain pulak. Ha berjaya juga taktik.

First time rasa pengalaman shopping yang agak mencabar dan mendebarkan.



Di nasihatkan agar mencuba buah-buahan segar yang dijual dimerata-rata kat sini.


Kami lunch di Saman Islam, gerai no. 16, salah satu kedai makanan halal di Chatuchak yang terletak betul-betul dekat dengan clock tower. I did not snap any photos of the gerai because I was too hungry plus we were holding plastic bags and stuff. Rasa macam menyesal tak ambil gambar sebab makanan kat situ adalah sangat....... sedap!

I ordered nasi goreng apa entah (dah lupa) for myself and my husband ordered nasi & seafood tomyam. Tomyam adalah yang terbaik pernah aku rasa, udang dia sungguh manis dan fresh. Chilli flakes dia super pedas dan barangsiapa letak banyak dalam makanan dia maka keluar asap la ikut telinga.





Dipaksa minum dan bergambar dengan air kelapa. Adeh, aku tak suka air kelapa............




Bought a luggage bag just to carry all our purchases on that day. Agak semput mengheret beg tu ke hulu ke hilir.


Selepas 10 jam... diulang, 10 jam shopping di Chatuchak (itu pun rasa tak cukup lagi), kami pun balik semula ke hotel lebih kurang pukul 6pm. Misi dikira berjaya jugak sebab kami berdua dapat apa yang dihajatkan. Cuma kepuasan tu belum tahap maximum.
Heaven betul bila dah sampai hotel, memandangkan kami sepanjang hari asyik berjalan sambil angkat barang. Rasa macam nak terus tidur sampai malam. Tapi tak boleh... rugi. According to our itinerary, kami patut gerak ke vintage night market pula yahuuu.

Akan tetapi, plan kami untuk ke vintage night bazaar tiba-tiba je tak kesampaian sebab ada sedikit pertukaran plan dan akhirnya tak sempat. In the end, we just spent the night having dinner with our friend, Medi who worked in Bangkok during that time. Lagipun mungkin sebab kami pun dah penat sangat. Heysh... rugi rugi.
Can't remember the place that we went for dinner, tapi yang aku ingat tempat tu dekat dengan Elephant Tower.


Ahad / 7 Oktober 2012

Today is the last day for us in Bangkok. Since malam semalam tak jadi pergi vintage night market, untuk hari ini kami membuat keputusan best iaitu sambung shopping kat Chatuchak! Lagipun aku baru teringat yang aku belum beli sebarang souvenir untuk family dan close friends.

Tetapi.... oleh kerana kami kena check out hotel siap-siap dan kena mengangkut luggage yang berat, suami aku bagi cadangan supaya aku sorang je yang pergi shopping, meanwhile dia just duduk kat stesen BTS Mo Chit dan jaga luggage kami.
Aku ikutkan aje! Asalkan dapat shopping.

Sementara aku diberi masa 2 jam je untuk shopping, aktiviti dia pula ialah :



Tangkap gambar traffic kat depan Chatuchak dari atas stesen Mo Chit. See, cute candy coloured things!




Macam kereta mainan.


Around 12pm, aku dah kena bergegas keluar dari Chatuchak sebab kami dah buat perjanjian nak jumpa balik kat tempat menunggu teksi. Strategik juga plan kami tu.
Dari situ, kami terus ambil teksi untuk ke Don Mueang airport. Journey from Mo Chit to the airport takes about 45 minutes.



Terpaksa alas perut dengan makanan simple begini sebab kami tak jumpa kedai makanan halal kat situ.


Tapi..... lepas check-in masuk ke departure hall, rupa-rupanya segala macam kedai dan restoran ada kat dalam tu! Akak tertipu! Aku ingatkan kohong benar airport ni apa pun tak ada. Sekali bila masuk departure hall tu punya la luas dan besar lagi kat dalam tu. Takpe lah dah nak balik ke tanah air dah pun.

We touched down LCCT around 5.45pm and finally back to reality. Hurmm, kami buat kesimpulan pergi Bangkok 4 hari je tak cukup. At least seminggu ke 2 minggu. There are so many places to go, so many things to explore there I promise you won't regret.
Dan yang paling best, barang-barang yang aku shopping tu boleh jual balik dan hasil jualan boleh ganti balik perbelanjaan aku kat Bangkok. Best kan?

Bangkok, we will be back! Hehe.
Sekian sudah travelogue Bangkok.


Some tips if you're shopping in Bangkok :

1. Try to bargain. Barang-barang kat Bangkok murah je sebenarnya. Cuma mintak diskaun sampai penjual tu penat nak layan.

2. Kalau shopping kat Chatuchak, nampak je barang yang kita suka kat salah satu kedai, terus je beli. Sebabnya, kalau nak cari balik kedai tu lepas tu memang kemungkinan tak jumpa dah... cari kat map pun mungkin tiada gunanya, melainkan anda cekap dalam subjek geografi (sebelum masuk dalam Chatuchak, boleh minta map kat pondok polis).

3. Kat Chatuchak, drink plenty of water. Stay hidrated. Jangan risau pasal kena pergi toilet sebab toilet kat situ bersih dan banyak disediakan.

4. Don't bring too many of your clothes to Bangkok, you can just shop for new clothes there. Boleh jimat dari kena bayar luggage fee yang Air Asia charge, kan?

Saturday, November 3, 2012

sightseeing & shopping in Bangkok day 2

Sambungan dari Bangkok day 1.

Jumaat / 5 Oktober 2012

Selamat pagi! Seawal 5.30 pagi kami dah bangun menunaikan kewajipan, mandi dan bersiap. Pukul 6 pagi, bandar Bangkok sudah pun terang benderang.

Misi hari kedua ialah melawat one of the most popular attractions in Bangkok, The Grand Palace. Sesiapa yang first time pergi Bangkok, aku rasa kamu patut pergi tempat ni just to experience their unique culture and heritage and to sight Thais amazing temples and royal palace.


Semangat sangat gayanya tu.


Street stalls yang dibuka di sepanjang-panjang perjalanan kami dari hostel ke stesen BTS. Geram jugak la tengok macam-macam jenis makanan diorang jual. Looks so tempting. Penjaja-penjaja kat situ memang agak kreatif dari segi food presentation.


Stopped by at a stall to buy roti bun sapu butter & gula.


For today's journey, we gotta ride the skytrain (BTS) from Sala Daeng to Saphan Taksin station. "Saphan" tu maknanya bridge. Jambatan. Jeti.
Turun dari stesen Saphan Taksin melalui exit ke Sathorn Pier (central) untuk naik bot. Bukan private bot yang bawa tourist, tapi bot yang locals naik as a public transport. Macam naik bas.


Sengih nervous sebab masa ni hentam je beratur. Bila tanya seorang gadis Thai, "Do you speak English?", dia geleng. So aku tanya jugak, "Ta Chang?" then dia angguk. Ha hentam la uols.


Ta Chang ialah nama jeti yang kami kena turun untuk ke Grand Palace. Harga tambang bot dari Sathorn Pier ke Tha Chang ialah 15 Baht = RM1.50 per person sahaja.
Kalau nak tahu kat jeti mana kena turun... look at the signboard written with N9 - TA CHANG and you're good to go.


Oh belum lagi. Ni baru jeti nombor N5.


This is how it looks like from inside the boat. Kalau tak ramai orang boleh la sedap duduk. Time peak hour, kita bersempit sardin. Pemandangan sepanjang sungai quite interesting. Nampak rumah, hotel, kedai kedai, navy base pun ada.


I assume this is a cruise?


Ni dia cabaran seterusnya. Turun je kat Ta Chang pier, keluar dari kawasan tu akan nampak jalan besar dan tepi-tepi jalan ada banyak teksi dan tuk tuk menunggu penumpang. Lintas jalan ke arah tembok putih Grand Palace.

Terus jalan. DO NOT GO TO ANY TAXIS OR TUK TUKS to get to the Grand Palace as it just takes you about 5-10 minutes to walk your way to the Grand Palace's main entrance.
Jangan tertipu dengan orang yang datang approach kita dan kata Grand Palace ditutup sementara sebab ada upacara sembahyang untuk penduduk Thai. Kami dah kena, tapi kami dah tahu sebab dah buat research siap-siap.
"Halo halo. Now is close. Today is only for Thai people..." orang tu kata kat kami dan mula la dia suggest tempat-tempat yang dia nak bawa.

Do not trust them. It's a scam. Tourist yang terpedaya dengan diorang ni akan di bawa naik tuk tuk ke kedai-kedai jewelry contohnya, dan kalau kita beli dari kedai tu, tuk tuk driver tu akan dapat voucher minyak dari penjual kedai tu (as a reward for bringing people to shop there).

Sebenarnya masa kami pergi tu, entrance tak buka lagi. Ye la semangat sangat, sebelum pukul 8.30am kami dah sampai. Plus, agak sesat jugak la nak cari main entrance. Kawasan Grand Palace tu sangattt lah besar. Dah la panas rasa seperti ayam Nandos yang dipanggang. Eh over.

Finally got in there after 8.30 am. Tiket masuk berharga 400 Baht = RM40 seorang.


Amazing temples mostly covered in gold.


Buat pose heee heeeeeee.


This is the Royal Palace


Marching army


Next, lepas dah penat pusing dalam Grand Palace, kami nak pergi ke Wat Pho pula. Husband aku kata dia kena jugak pergi situ sebab nak tengok The Sleeping Buddha. Sebelum ni cuma tengok dalam game Street Fighter je katanya. Haih, apa-apa je lah.
Wat Pho terletak di belakang Grand Palace. 10 hingga 15 minit jalan kaki. Masa tu aku dah melecet tapak kaki sebab banyak sangat berjalan. Tapi terpaksa gagahkan juga berjalan pergi ke Wat Pho (sambil buat muka nak pengsan) sebab laki aku semangat nak tengok buddha yang ada dalam game favourite dia. Kerna sayang aku turutkan. Huh...

Entrance fee for Wat Pho is 100 Baht = RM10. Dapat free sebotol air mineral.


Tu dia. The Reclining Buddha or often called Sleeping Buddha. Padahal patung buddha ni takde la tidur sangat pun. Kelihatan dia seperti tengah rehat tengok TV.


By 11.30 am, kami dah kena cepat cepat pulang ke hostel sebab kena check-out by 12pm. Lepas ni check-in kat hotel pulak. Beli kat Groupon. Murah, tapi voucher boleh di pakai untuk maximum 3 hari 2 malam je.
So kena naik bot kat jeti yang sama (Ta Chang) untuk balik ke Sathorn Pier (central).


Beberapa ketul private boat yang bawa tourist untuk tour Sungai Chao Phraya.


Next, selepas check-out dari hostel The Urban Age, kami check-in pula kat H-Residence Hotel. Dari hostel, kena naik BTS dari Sala Daeng ke Silom station, just one or two stations away je. Tapi menangis gak la jalan kaki dari stesen BTS ke hotel. Kena jalan dalam 15 minit. Dah la pagi tadi berjalan jauh, ni nak ke hotel pun kena jalan lagi.

Masing-masing dah buat muka. Sebab dah penat. Masa jalan kaki ke hotel tu tiba-tiba je husband aku kata "Lain kali check dulu sebelum beli kat Groupon tu tengok tempat dia jauh ke tak.." apa benda lagi entah dia cakap aku pun tak ingat. Lah, tiba-tiba je salahkan I sebab I beli kat Groupon. Tah pape sangat tawww.

The hotel is quite nice actually. It's a 3? 4? star (tak sure sangat berapa bintang berkerlipan) boutique hotel which provides free tuk tuk service back and forth from BTS station to the hotel. So tak payah la nak jalan kaki dah lepas ni. Kalau nak ke BTS, naik je tuk tuk free.
Oleh kerana kepenatan masa tu, terlupa nak ambil gambar bilik.


Gambar ni je yang ada


Selepas menyegarkan diri dan tidak bermasam muka sesama sendiri lagi, kami keluar balik untuk pergi mencari bersuap-suap nasi. Eh lapar kot. Dah penat berjalan tapi belum makan tengahari lagi.
Our mission is to get some nice Halal tomyam or Thai dish at Usman Restaurant. Naik BTS dari stesen Silom ke Phrom Phong. Kemudian, dari BTS Phrom Phong kena naik teksi untuk ke Usman Restaurant. Nak jalan kaki pun boleh, tapi makan masa 20 minit juga.


Here's the signboard to the restaurant. Look at the messy wires!


Tapi cuba teka? Dah la lapar, susah payah kena naik BTS dan teksi, bila kami sampai rupanya kedai tutup!!
Aku terus rasa nak nangis nak salahkan suami aku sebab dia yang cadangkan pergi sini. Initially, aku plan nak makan kat restoran lain tapi dia tiba-tiba suggest nak makan kat Usman. Rupa-rupanya, kedai ni tutup hari Jumaat. Adeh, kenapa la tak check betul-betul operating hours dia.

Redha je lah jawabnya. Last resort, kami naik teksi balik ke stesen Phrom Phong dan pergi cari makan kat The Emporium, located right next to the station.
Hahahah entah pape tah....

And then we went to Platinum Fashion Mall, the largest fashion mall in Thailand katanya? Haaa.
The best part is, you can buy items in retail or wholesale price. Part tak best, oleh kerana kami dah bazir masa cari tempat nak lunch tadi, masa kami sampai ke Platinum Mall ni banyak kedai dah start nak tutup. Memang sudah aku tegaskan dari post Bangkok day 1 lagi bahawa mall kat Bangkok ni kebanyakannya tutup seawal 8 malam.

Sempat la shopping sikit. Takpe. There's always next time. Lepas ni dah tau dah kalau nak pergi sini kena make sure pergi awal, as early as 10am maybe. (amboi. macam la nak pergi Bangkok tiap-tiap bulan?)


The view at Pratunam area, where Platinum Mall is located at.


Agak kecewa kerana tak sempat shopping banyak kat Platinum Mall (ingat ye, misi kami ialah sightseeing & SHOPPING)


Sebelum nak keluar dari Platinum Mall, bandar Bangkok hujan lebat. End up kami lepak kat McD makan nugget & fries sambil tunggu hujan reda. Haih apa lah nasib. Mengikut plan asal, sepatutnya malam ni kami nak ke Cosmic Cafe. Tapi sebab hujan, kami stuck agak lama kat Platinum Mall so dah takde feel nak teruskan night adventure.

I guess that's just about it for day 2 kot? Kisah day 3 & 4 bersambung di episode akan datang!


More tips when you're travelling in Bangkok :

1. Thai people is usually shy people. Diorang takkan tiba-tiba tegur atau senyum kat strangers. Kalau diorang cuba tegur tegur kita maknanya ada la agenda merepek tu. Contohnya macam scamming agent yang aku cerita masa kat Grand Palace. Itu salah satu. Satu lagi, orang yang offer kita tengok show (ladyboy, banana or ping pong show etc) tu sometimes is a scammer juga.

2. Jangan lupa bawa universal adapter untuk charge gadget anda! Masa kami tidur kat hostel The Urban Age, nasib baik receptionist bagi pinjam universal adapter. Tapi masa kat hotel H-Residence, diorang tak provide. Terpaksa lah kami cari di seluruh pelusuk 7Eleven. Akhirnya jumpa kat electronic section kat Emporium Mall.

3. You can find 7Eleven everywhere in Bangkok. Rasanya, setiap 200-300 meter perjalanan mesti akan jumpa 7Eleven. And most of the staff working at 7e know how to communicate in English.

4. List restoran halal kat Bangkok boleh tengok kat blog ni atau sini.

Monday, October 22, 2012

sightseeing & shopping in Bangkok day 1

Khamis / 4 Oktober 2012

Pagi-pagi pukul 7 kami dah jalan kaki dari rumah ke LRT. Naik train ke KL Sentral, kemudian shuttle bus ke LCCT. Kali ni lebih 10 kali aku check, hah confirm passport belum expired. Tak mau perkara-perkara karut berulang.

Departure time dari LCCT ialah dalam pukul 10.35am macam tu. Oh by the way, bermula 1 Oktober 2012, untuk perjalanan ke Bangkok, Air Asia tidak lagi landing kat Suvarnabhumi Airport. So masa kami pergi ni landing kat Don Mueang. Aku pun tak tau apa beza dua airport tu, tapi based from what I googled, Suvarnabhumi tu macam ala-ala KLIA.
Lagi satu, kat Don Mueang takde kedai duty free NARS. Kawan aku yang nak kirim beli NARS pun tak jadi lah kirim.


After 2.5 hours flight, selamat sampai Bangkok terus beratur tunggu teksi kat luar airport. This is the queue for taxi. Kat kaunter tu dia tanya prung prang prung (bahasa thai) aku agak mesti dia ingat kami ni one of them.. dah kata muka Asian kan. Kalau muka aku macam Aishah Sinclair mungkin baru meraka aku aku tourist.


Oh rupa-rupanya dia tanya nak ke mana. Bagitau nak ke Mo Chit BTS, iaitu station BTS (skytrain) yang terdekat. Dekat tak dekat pun dalam setengah jam juga dari airport. So total taxi fare from Don Mueang airport to Mo Chit BTS station lebih kurang 150Baht = RM15.
Taxis are one of the best options for public transportation. Macam teksi kat Singapore. Diorang buat Toyota Altis tu jadi teksi, kami berdua jadi excited pastu tak habis-habis nak compare dengan Malaysia (specifically KL) yang sebenarnya agak "terkebelakang" compared to bandar macam Bangkok ni.

Dah sampai Mo Chit station, tak habis-habis impress dengan skytrain pulak. Compare lagi dengan LRT kat KL. Public transport kat KL memang lebih hamsuang. Kita sebenarnya patut contohi development negara-negara jiran kita. Ha tu dia. Maklum la oghang kampung... first time datang Bangkok. Ke mana-mana pun jadi jakun lepas tu sibuk la pegang map & itinerary bagai.


The ticketing machine.


The train.
Coach panjang yer... bukan pendek-pendek macam RapidKL punya, urghh (sebenarnya aku bengang bila balik dari Bangkok, servis RapidKL teruk. Pagi-pagi LRT asyik rosak)



The view of Victory Monument from inside the train.


Dari Mo Chit kami ke Sala Daeng because the hostel we pre-booked is situated in that area. By the way, harga tiket BTS macam Putra LRT, monorail, lebih kurang begitu. Mo Chit ke Sala Daeng harganya 40Baht = RM4.


Dari Sala Daeng station kena jalan kaki dalam 5-8 minit untuk ke hostel. Tak rasa lama atau penat berjalan sebab kawasan ni dipenuhi street stalls, blok blok kedai, restoran dan ramai pejalan-pejalan kaki lalu terasa luas la pemandangan. Sambil jalan tu toleh kanan toleh kiri boleh tengok macam-macam benda.


So this is the budget hostel we booked via Hostelbookers, The Urban Age.

Hostel rate ialah 400Baht=RM40 per person per night.
Duduk sini satu malam je. Esok kami check-in hotel pulak. Motif? Saja gedik.


Hostel kami dekat dengan Pat Pong night bazaar. Siang macam ni nampak tenang je kan.
Ha... waktu malam tiba-tiba je dah penuh dengan stalls (macam Petaling Street). Kat dalam dalam tu pulak penuh dengan bar, kat sini juga tempat kalau korang nak tengok show show pelik(?) contohnya macam Ping Pong Show, Banana Show. Untuk yang cukup umur saja tauuu :D
Tapi ada orang cakap jangan main redah je especially kalau ada orang offer nak tengok show murah. Takut nanti diorang tipu & mintak bayar lebih dan sebagainya wallahualam aku pun tak sure macam mana sebab aku tak pegi.

Next, lepas check-in and getting settled in, kami perlu mengisi perut yang sudah berbunyi seperti mesin basuh. Grrrkk grrrdd gggnng gitu bunyinya.
Terus ke MBK Centre (naik BTS ke stesen National Stadium) untuk ke foodcourt kat tingkat 5. The reason why I chose this place is because it is the nearest place to our hostel where Halal restaurant can be found. Ye kami memang cari makanan halal selagi boleh. Kalau terdesak sangat baru la kami redah je tempat makan.
Makanan halal kat Bangkok ni memang mahal sikit lah range harga dalam RM7 - RM15.


Kat food court tingkat 5 tu ada beberapa restoran halal. Yang kami pergi ni namanya Yana Restaurant


Aku order tomyam ayam & jejaka di hadapan pula order pad thai. Oh sedap.. memang sedap!


Dah kenyang, terus gerak ke tempat lawatan pertama lalu kami menuju ke Siam Discovery. Just one BTS station away from MBK Centre tadi, iaitu stesen Siam. Kat sini kira macam city centre, ala-ala kawasan Bukit Bintang yang jauh lebih besar dan happening.


Entering Siam Discovery


Jom, ke Madamme Tussauds!


Mula-mula risau jugak tak bosan ke tengok patung je apa yang hadap sangat tengok patung? Tapi takpe la... bila lagi nak masuk Madamme Tussauds kan, kat Bangkok ni la yang paling dekat nak pergi pun.
Masa kami pergi hari tu tiket nak masuk kena 720Baht = RM72. Ok jom masuk dulu tengok macam mana best ke tak best.

Banyak sebenarnya gambar yang kami capture hasil dari melawat tempat ni tapi aku letak gambar-gambar terpilih je.


Baru tau yang mendiang Princess Diana sangat lah besar dan tinggi & Lady Gaga pulak takde la gagah mana. Kecik je ha. Sama besar dengan aku je.


Presiden Obama yang tergelak tengok laki aku buat apa entah atas working desk dia & aku bersama seorang atuk yang comel dan pandai bernama Einstein.


Sementara suami aku tengah berusaha nak score goal (via interactive game), aku pulak tengah ceramah Beckham tips tips untuk kemenangan.


Bersama ahli-ahli sukan terkenal, Tiger Woods dan Muhammad Ali.

Part interactive games yang kami paling seronok sekali. Orang tak ramai pun, so kebanyakkan game tu boleh main sesuka hati tak payah berebut dengan orang.
One of our favourites is, this fighting game yang berdekatan dengan patung Bruce Lee dan Tony Jaa (Ong-bak). Berdiri dekat situ, tiba-tiba gambar kita ada kat dalam tu kena lawan dengan orang perut boroi.

Tak tahu la kenapa aku rasa game ni lawak gila aku main sambil ketawa keluar air mata.


Hiyargh!


Nah hamik ko!


Terima kasih yang sebab temankan I amik gambar dengan boyfriend I, Johnny Depp....!


Rasa macam real sangat bergambar dengan diorang ni. Mr Yes Man (Jim Carrey) & my favourite nigga man Will Smith.


NAH CLOSE-UP 3 ORANG. Cuba teka yang mana manusia yang mana patung.


"Yang, bila you tua nanti macam ni la muka you. Sebijik!" kata suami aku bila dia ambil gambar ni.

Ha dah dah la tu banyak sangat gambar kat Madamme Tussauds tak larat aku nak letak caption. Keluar je dari situ, sedar sedar dah pukul 7 lebih.
Kami tak plan ke mana sangat, cuma nak jalan-jalan kat nearby shopping malls, iaitu Siam Paragon dan Siam Square.


Terjumpa studio Channel [V] Thailand kat dalam Siam Discovery.

Kat Bangkok ni, pukul 7 ke 8 malam pun dah banyak kedai yang dah nak tutup. Masa tu jalan-jalan dalam mall pun tak ada apa sangat.
Yang aku perasan H&M kat Siam Paragon masih ramai manusia beratur ye. Ingatkan kat KL je orang sibuk beratur.


Oh... kat stesen Siam ni pun ada banyak Lana Del Rey juga (merujuk kepada iklan H&M yang merata-rata itu. Kat KL yang aku perasan Lana Del Rey ada banyak di stesen LRT Masjid Jamek)


Dalam pukul 8.30malam, kami dah gerak balik hostel. Masa tu dah penat sebab dari pagi dah banyak berjalan. Ni mesti sebab tak cukup makan vitamin ni kan.. kalau tak boleh je lagi sambung jalan sampai tengah malam.


Going back to Sala Daeng station. Sampai sini tengok suasana dah lebih meriah sebab waktu malam ada banyak gerai-gerai jual macam-macam benda. Satu benda yang menarik kat Bangkok, segala macam benda yang kamu cari confirm ada.
Contohnya benda macam dildo & vibrator pun dijual merata-rata kat situ. Hahaha aku bukan sedang horny atau cuba bersikap pervert. Cuma bagi contoh yang sedikit berbeza.

Salah satu nak balik hostel cepat ialah sebab phone dah mati. Kami perlu charge phone dan charge badan untuk hari kedua.

End of day 1. To be continued.


Some useful tips if you're travelling in Bangkok :

1. Beli simkad untuk senang berkomunikasi dan kemudahan unlimited internet untuk yang pakai smartphone. The most recommended simcards are True-H & Happy (tourist simcard). Suami saya pakai blackberry sesuai pakai True-H sebab ada package untuk 3 hari unlimited data plan. As for me, I bought Happy simcard for my iPhone. Usually harga sim tak sampai 100baht = RM10 pun.

2. Once you have internet on your phone, senang nak pakai online map (contohnya Google Map etc) dan aplikasi untuk translate ke Bahasa Thai. Ingat senang ke nak communicate dengan diorang especially pemandu teksi? Yang tak reti langsung English tu memang bersilat la lidah dan tangan kita nak explain kat dia. So pakai Google Translate contohnya, type address atau nama tempat dalam English, translate in Thai dan tunjuk je kat dia.

More tips in next post on Bangkok day 2!