Thursday, January 20, 2011

what's hot is gettin' hotter

Sebelum aku memulakan karangan pasal kisah benar "Love Story" aku, berikut ada beberapa fakta penting yang pembaca perlu tahu.

Fakta #1 : Aku tak pernah masuk contest yang memerlukan aku untuk 'perah' idea kecuali masa masuk contest Kelab Colgate & Vitagen zaman kecik-kecik dulu. Itu pun kalau tak silap aku kena reka slogan je.

Fakta #2 : Sebenarnya aku benci reka slogan. Aku hanya suka tulis benda-benda mengarut dalam blog dan twitter. Dan aku tak berapa suka menunjukkan kejiwangan dalam perenggan yang melebihi 50 patah perkataan. Dah tu kenapa aku sanggup tulis karangan pasal love story untuk contest ni?? Ha... anda renung-renungkan lah sendiri :D

Fakta #3 : Idea untuk menulis hari ni datang fresh dari kepala aku yang kuat berangan ni. Aku belum baca entry dari contestants yang lain, jadi aku takde tiru idea sesiapa. Kalau ada entry yang lebih kurang sama, mungkin itu hanyalah suratan atau kebetulan (sesuatu yang tak sangka~ seringkali mendatangi kita, kan? Hehe..).

Fakta #4 : Love story aku yang sebenar-benarnya adalah lebih panjang. Aku pendekkan sikit ceritanya yeh? Tepat dan padat. Beberapa plot penting terpaksa disunting. Ampunnn...

My Dreams "Love Story" - Kisah Benar (bukan diambil dari siri Kisah Benar TV3 suatu masa dulu)

Masa sekolah menengah, ramai kawan-kawan aku ada boyfriend. Tapi aku, cinta cinta monyet je yang mampu. Begitu juga di Matrikulasi. Lagi sedih sebab macam takde peminat je :(
Mungkin kerana terlalu ramai perempuan cantik lalu banyaklah saingan. Tapi aku tetap gembira meneruskan kehidupan remaja sebab aku ramai kawan-kawan. Tak peduli sangat pun pasal nak ada boyfriend atau cinta sejati *lagu Sejati dari Wings dimainkan di background*



Tahun 2003, aku berjaya ambil degree kat Universiti Putra Malaysia (UPM), majoring in IT (Software Engineering). Hmm, masa tu ada juga tertanya-tanya - mungkinkah di sini aku bertemu cinta sejati?
*suara Awie berkumandang lagi*
Kalau mak ayah tau ni, mesti diorang marah sebab cita-cita aku kat UPM ialah mendapatkan cinta sejati, bukan mendapatkan degree. OK cukup perkataan 'sejati' sampai di sini.

Ahh.. tapi kalau diikutkan jiwa 'rocker' aku, peduli apa aku pada lelaki kat situ? Aku lebih rela menunggu cinta Julian Casablancas, frontman The Strokes. (click link untuk tahu tentang The Strokes dengan lebih lanjut)




Bila masuk kelas, aku suka pakai seperti lelaki lelaki dalam The Strokes. T-shirt, jeans dan kasut Converse. Dan aku tak peduli pada jejaka jejaka dalam kelas tu sebab aku tahu mereka tak cool macam The Strokes. Yang mereka tau hanyalah mengorat hot chicks dan ponteng kelas.Tetapi, rupa-rupanya ada seorang lelaki dalam kelas yang selalu tengok aku, namanya Kassim (bukan nama sebenar).




Pada suatu hari, semua orang dalam kelas kena buat presentation untuk subjek Multimedia. Aku pun tak ingat aku present pasal apa, yang aku ingat ialah aku mengantuk dan asyik menguap. Tetapi, pada masa tu ada satu group lelaki buat presentation yang bertajuk "The Strokes". AKU TERUS BERASA SEGAR DAN MENUMPUKAN PERHATIAN SEPENUHNYA OK? :D
Dan, orang yang present untuk group itu ialah si Kassim. Kenapa Kassim buat presentation pasal The Strokes? Menurut tuan empunya badan sendiri, itu semua adalah kerana nak bagi impress seorang budak perempuan dalam kelas dia... iaitu? He he he.




Sejak dari hari tu, aku dan geng geng selalu juga lepak sama-sama dengan Kassim dan kawan-kawan dia yang lain. Pernah suatu hari, Kassim ajak aku pergi tengok dia jamming.



Aku ingat lagi masa tu cuti semester tahun pertama (2004), first time Kassim call aku sebab nak cakap satu benda. Jeng jeng jeng....




Semenjak dari hari tu, Kassim selalu call, SMS dan kami juga chatting kat Yahoo Messenger. Especially masa cuti semester yang panjang. Mula-mula topik pasal music, kemudian pasal kawan-kawan, lama-lama...?
Lama-lama mula merindu la kan? *lagu Rindu dari Feminin berkumandang*




(Salmah ialah bukan nama sebenar)

Macam tu la kitorang bermula. Aku pun tak sangka boyfriend (dan sekarang sudah pun menjadi tunang) aku ialah seorang yang langsung takde ciri-ciri lelaki idaman aku. Tapi, semua tu datang tiba-tiba je tau. Susah nak gambarkan macam mana (eceh...) tapi semua ini agaknya sudah ditakdirkan oleh Dia. Semua orang yang bercinta akan faham so tak perlu aku nak describe panjang-panjang.



Cuma apa yang nak aku highlight ialah, 'my dream love story' semuanya perfect bagi aku. Tak perlu handsome macam Julian Casablancas (semua tu hanya angan-angan semata-mata) dan tak perlu kaya atau berkereta macam businessman (eh betul ni tak tipu). Yang penting kami faham kehendak masing-masing, spend time dengan hobi dan kegemaran yang sama, dan accept kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Nak tengok wajah sebenar Kassim yang tak secomel gambar lakonan?
Ni dia...


Sampai sekarang ni, relationship kitorang dah 6 tahun lebih, dan itu adalah masa yang agak panjang. Tahun 2011 ni, kami dah ready nak jadi ibubapa kepada Zulaika (nama anak perempuan kami yang masih belum wujud. Hihihi). Dan aku rasa ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang sangat special (kalau kita betul-betul faham the meaning of MARRIAGE).

Selama ni aku tak pernah buat research pasal vendor-vendor wedding yang terkenal. Tapi semenjak mula ada plan nak kawin & lepas attend kenduri kawin kawan-kawan, baru aku tahu siapa Datin Lynda Rahim & CST Production.


Aku dah tengok outcome dari dua-dua vendor ni kat wedding kawan-kawan aku sendiri & frankly speaking, aku totally impress dan mahu benda yang macam tu untuk wedding aku. Oleh yang demikian ye, INI ADALAH SATU PELUANG BESAR WAHAI CIK SALMAH (eh, tiba-tiba panggil diri-sendiri dengan bukan nama sebenar).

So tolong la wehhh apa yang aku nak sekarang ialah baju pengantin & video kawin yang meletop dan vazz! Please vote for me y'allz... Daa!
* segera berlari pergi menyebarkan flyers "UNDILAH SAYA"*

52 comments:

Sue Anna Joe said...

Where to vote girl? I rasa macam comel sangat cerita korang ni I rasa nak copy and paste in my blog as my readers to vote nak tak?

But, I need the link where to vote?

T I N A said...

Hi anna! Alamakkk I terharu gila la baca komen u!
Boleh sangat2 kalau nak paste kat blog u...sangat terharu ada org appreciate hihi.
Btw, esok baru boleh start vote tapi diorang tak bagitau lagi camana cara vote. I'll let u know nanti ok? Now tengah tunggu CST reply email.
Thank u so much anna!

Ami Schaheera said...

COMEL GILA PLS!! <3 tiba2 rindu korang :')

T I N A said...

hehe segan nak publish entry ni sebenarnya tapi bantai je lah.
tq so much ami! rindu korang jugak. jom la reunion dengan shuz dan emmy nanti <3

kitschkid said...

nomey nomey nomey nomey nomey!! dan juga sangat creative. tiba-tiba rindu sleepyhead ni. i nak vote banyak banyak ok. nanti bagi link!

ubatsynflexku said...

hahaha ;DD 1st time pndgn i tntg cite u is 'fantastic' !! nice st0ry line babe ^_^ d0 visit mine ..
http://ubatsynflexku.blogspot.com/

T I N A said...

Kitsch kid - hehehehehehe. Tq! Yes you mesti la kena vote I. Nanti I bagitau how ok?

Ubatsynflexku - terima kasih! Hehe. Yes I'll definitely checkout yours :)

oni said...

okeh gua tak cool! baru tau cik tinatheseducer been blogging here. erghh!!! gua ingat lu tamau menulis dah. jangan berenti lagi ye. lu tulis sedap!

T I N A said...

Hahahahaha saja je melarikan diri sekejap.
Tapi tak selalu update sangat la. Slalu post cerita basi je hehe.

ladygagamelan said...

yo tina! woahhh keep me updated. i nak vote byk2! rindu la nak lepak sekali!

AMELIA said...

Good Luck. Do visit and vote (LIKE) for me.
http://mynameisamelia.blogspot.com/2011/01/my-dreams-love-story.html

thank you. :)

CHeeSYaNa said...

all d best, siput!

dd dudu said...

siput baru jumpe blog ko. aku tunggu2 ko update blog lama, xtau ko da ada blog baru hihihi.

entry ko ni the comelest. doakan ko menang eh, hihi

-dd-

Rhona Rozlan said...

Nak vote!

T I N A said...

thank you korang sume. terharu maru biru sangattt! muah!
CST cakap esok diorang announce camana nak vote.

gadis jumaat said...

HAHAAHAHA... sbnrnye kassim suke the strokes tak? ke dia blajar suke sbb salmah suke? :D :D

ya Allah masuk ke gambar last tu baru tau yang kassim tu gambar u jugak!! dalam hati dok terpk dah, nape boipren dia ni macam muke pompuan je... hihiiiii tapi more like laki yang jambu laa... no wonder!!

T I N A said...

hahaha sampai hati gadis jumaat tak perasan saya sebagai lelaki.
tapi bagus la tu... kira berjaya la lakonan tu kan! :D
nanti undi la saya ok! ajak kawan2 semua undi hehehe. tapi CST tak bagitau lagi cara nak vote.

arabella said...

so sweet :)
vote for u =)

NikiSa IzAS said...

dah vote..jom lepak blog asyik..

Hanafedora said...

I didn't realised the guy part was you until somebody commented about it. I have to say the guy does looked a lot like the real Kassim which means that you two love birds looked a lot like each other. lol.. This is so adorable btw.

weed something out said...

wowwwwwwwwwwwwww..

imej imej itu sangat membantu!!

semoga apa yang dirancang (Zulaika) menjadi kenyataan!!

*lagu blakang* Last Nite - The Strokes

heheh

lotikus disarimankan said...

dtg dr blog anna terus ke sini.nak vote sebab sungguh comel kisah percintaan dua insan the stroke ini. mcm mn nak vote eh?

nYomeL said...

serious! i suke story ni..

of course will vote for u!
gud luck! :)

T I N A said...

@arabella @NikiSa - thank u so much for your vote :)

@hanafedora - thank u! like some people say, "kalau muka ada iras2, insyaallah ada jodoh/jodoh panjang." Amin!

@weed - hehehe tima kasih! vote for me na?

@lotikus - tq so much! baca ni untuk cara vote
http://the-sweetest-chill.blogspot.com/2011/01/mari-mengundi-tak-payah-register-pun-d.html

@nYomeL - i appreciate it so much. tq!

Joanna R. said...

Omg.! Br first time baca blog ni. and its linked from sis anna's. Seriously I like your love story owwh! Comel sgt!
Im votingg!!!

Rara Joe said...

u give one good reason to be love again. :)

nia said...

hey i bace ur story kat blog kak anna..gilerr best..gud luck yaa,oh yaa dh vote..

xeea said...

adorable love story!
definitely will vote for u :)

p/s : kalau menang, u nak kena open table, belanja para pengundi sekalian

T I N A said...

@Joanna R. @Rara Joes @nia @xeea - thanks so much for reading & voting girls! i appreciate it so much :)

wow.. so happy that people actually enjoyed reading my love story. will visit each and everyone of your blog soon ;)

Hannajoe said...

huwaaaa...
sangat cute. tak pernah nak comment blog org sebelum nih. but afta baca post entri by sue anna joe. terus je baca walaupun panjang but adorable sangat.

bdw, sangat minat dekat the strokes, dan mmg berharap cinta dari Julian Casablancas jugak. :P tapi tak kesampaian.

oke...gud luck! dah like 2-2 link. :)

..:: WiRdA ::.. said...

hi, tina, read your blog true anna jugak.. haha
wow amik cst.. one of the member is my hubby's cousin ;)

T I N A said...

@Hannajoe - ehhh hehe tiba2 confuse nama u dengan nama sueannajoe pulak ;P
hehe kalau minat The Strokes, bila baca entry ni mesti rasa nak tergelak je kan! tq for ur support btw.. :)

@WiRda - CST mmg power..tapi tak mampu nak amik diorang. so kena la menang contest ni!! hihi..

m - m - h said...

hey babe! u both are so adorable together. so comel & creative laa your storyline hehe.bdw, i love 1251 by the strokes ;p i maybe dont know you at all but i feel like voting u ! :)) goodluck!

m - m - h said...

babe, sorry its me again. rase nak promote laa story u kat my friends on fb.lagipon i pon ex-UPMians. boleh ke ? hee

u ade fb x ?

T I N A said...

@m - m - h - hey hello! yay glad that someone shares the same interest with me in music. I suka 1251 jugak ;) by the way thank youuu for voting. memang saya encourage awak untuk share kat fb or mana2 sebab saya nak menang hihi! my fb is Tina Zooey.
tq so much, babe!

mery said...

yeaayyy ! will definitely promote your story :D hopefully awak menang hehe

mery said...

tina, x jumpe la your fb. bdw, i dah promote kat fb i. hehe.

T I N A said...

Hmm mesti sebab privacy setting yg gila tu. Apa fb u? Let me add u.
Tq so much promote entry I ! :)

mery said...

maryam mustafah hussain. hee. add me up !

Sery Suryani said...

best cte nie..
sy dh vote kamu k..
jom like 117..

akuNAJWA said...

omomo! schweet shangat! u got my vote XD

yaya_flanella said...

voted. :)

fadhilahkhalid said...

baca dari anna punye blog.
okeh, u punye best, so i vote!

putrish said...

Amagad!Cutee nye crite awak nihh! nak follow! heuheu :D

putrish said...

Amagad!Cutee nye crite awak nihh! nak follow! heuheu :D

'aida AZAD said...

can I have your fb link :)

sabdaziz said...

sweeeeeeeet. voted! ;)
semoga berbahagia ya.

T I N A said...

@mery - dah add! :)

T I N A said...

@Sery Suryani - tq girl.. ok will checkout your entry. tak habis lagi baca semua 163 entry tu..fuh.

@akuNAJWA @yaya_flanella @fadhilahkhalid @putrish @sabdaziz - tq so much korang! :)

@'aida AZAD - my fb is Tina Zooey or cari email tinatheseducer@gmail.com

Nabila Azureen Azis said...

salam. love your post. simple yet meaningful. want to vote but where? harap u menang :D

insyaAllah :D

T I N A said...

Nabila - as salam. hai :) ala..vote dah habis dah awak.. last vote 31jan hari tu. semalam dah tau result. kalah. huhu. takpe la.. saja masuk suka2. thank u so much for ur support!

fadhilahkhalid said...

habis siapa yang menang?
hm.. tak apa, paling tidak dah mencuba. dan cerita awak bg kesan pada orang lain. =)